Akademi Seni Tengku Temenggung (1923-1935) sebagai Theatre State Perkembangan Islam dan Kesenian di Kelantan

*Azman Ismail, Zamzuriah Zahari & Abd. Wahab Othman
Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA)
*Corresponding author: azman@aswara.edu.my

Published : 28-06-2024

ABSTRAK
Kajian ini bertujuan membuktikan Akademi Seni Tengku Temenggung (1923-1935) di Kelantan yang ditubuhkan oleh Long Abdul Ghaffar bin Sultan Muhammad II (1875-1935) yang turut dikenali sebagai Tengku Temenggung, memiliki fungsi sebagai negara pentas (theatre state), iaitu istilah yang diperkenalkan oleh Clifford Geertz (1980). Ia merujuk kepada konsep tauladan yang disimbolkan oleh raja dan elit birokrasi setempat sebagai para pelakon di pentas, manakala rakyat adalah penonton’ yang mencontohi setiaplakonan’ pemimpin mereka dalam kerajaan-kerajaan tradisional di Bali pada tahun-tahun 1891-1906. Dalam konsepsi negara teater, istana dan
pura (kuil) merupakan pusat kepada sesebuah kekuasaan dan berfungsi sebagai payung sosiopolitik, sosioekonomi dan ritual keagamaan. Para raja, permaisuri dan keluarga mereka adalah para pelakon utama’, manakala para pendeta (sami) merupakan pengarah’ dan rakyat yang terdiri dari segenap lapisan merupakan `penonton’. Memahamikonsep negara teater dalam perspektif Geetz bererti menafsir tindakan-tindakan raja dan keluarga mereka dalam acuan agama Hindu kerana setiap kehidupan istana sangat berkait rapat dengan peranan para pendeta. Fungsi negara pentas yang dimainkan oleh Akademi Seni Tengku Temenggung selama 12 tahun penubuhannya tertumpu kepada peranan istana, sultan dan elit birokrasi untuk mengatasi gejala sosial, isu-isu krisis moral serta akhlak dalam masyarakat, terutama melibatkan penggiat-penggiat seni di Kelantan. Selain itu, penubuhan akademi tersebut juga berkait rapat dengan usaha untuk ‘membersihkan’ kesenian terutama Makyung dan Akademi Seni Tengku Temenggung (1923-1935) sebagai Theatre State Perkembangan Islam dan Kesenian di Kelantan 148 The International Journal of Arts, Culture & Heritage (iJACH) Wayang Kulit daripada unsur-unsur khurafat. Antara lain terdapat segelintir penggiat kesenian ini yang memelihara hantu raya, pelesit
(sejenis mahkluk halus) dan lain-lain.

Kata Kunci: Negara Pentas, kesenian tradisional, istana, raja, elit birokrasi

VIEW FULL ARTICLE

Muat turun: IJACH 11 – 8