TERBITAN BARU

antologi-drama-dunia

Antologi Drama Dunia (Siri 2)

Fakulti Teater mengganggap bahawa karya-karya penting dunia perlu diterjemahkan untuk memberikan asas terhadap ilmu drama dan teater dunia kepada pelajar tempatan. Justeru itu, Antologi Drama Dunia: Siri 2 diteruskan lagi dengan menampilkan tiga karya terjemahan iaitu Miss Julie, Arms and the Man dan Ghost. Naskah ini dipilih oleh penulis yang berbeza bagi melihat ideologi dan pemikiran yang ingin disampaikan. Ketiga-tiga naskah ini diterbiatkan sebagai antologi adalah untuk menambah koleksi naskhah terjemahan, memperkayakan pemikiran dan membentuk suasana ilmu yang sentiasa berkembang.

Penterjemah: Ahmad Yatim
Penyusun: Shahrul Mizad Ashari & Rime Nazren

Harga : RM58.00
ISBN 978-629-7549-10-1
Saiz : 9×6”
Halaman : 186

antologi-skrip

Antologi Skrip Pesta Teater Runcit 2022

Antologi Skrip Pesta Teater Runcik 2022 merupakan satu kompilasi yang diusahakan oleh Fakulti Teater ASWARA bagi mengintegrasikan idea dan hasil penulisan daripada peringkat teater. Buku ini telah mengumpulkan 10 skrip terbaik daripada 10 orang penulis yang berbeza latar belakang. Antaranya seperti Ira Rizal, Prof. Shark, Hannan Barakbah, Alfidzi, Amirul Hakim Dalail, Amar Asyraf, Fattah Fawzy, Fatema Sani, Yusuf Zalfakhar dan Raimi Jaafar. 10 skrip terbaik ini telah melalui beberapa peringkat penilaian dan telah dipersembahkan di Panggung Eksperimen, ASWARA melalui pertandingan teater pendek. Tema yang dipilih ialah “Masa Lampau, Masa Depan”. Dengan terbitnya buku ini, ia dapat memberi peluang kepada penggiat seni dan pelajar khususnya, merujuk dan menjadikan skrip-skrip ini untuk dipentaskan selain dari medium pengembangan idea secara kreatif dan kritis

Penyusun: Hanura Akhbar & Lefiz Alaudin

Harga: RM45
ISBN: 978-629-7549-06-4
Saiz: 9×6″
Halaman: 84

12-cerita-pokok

12 Cerita Pokok Makyung

Buku 12 Cerita Pokok Makyung Fatimah Abdullah merupakan buku pertama di Malaysia yang lengkap dengan sinopsis, struktur persembahan serta 12 skrip cerita Makyung. Buku ini sangat sesuai untuk dijadikan bahan rujukan dikalangan pelajar, pensyarah, penyelidik dan penggiat seni tradisional Makyung. Lahirnya buku yang sangat istimewa ini adalah satu usaha untuk memelihara kesenian yang telah diangkat oleh UNESCO.

Penyusun: Juhara Ayob, Eliza Mustafa & Zaimah Zulkifli

Harga: RM60
ISBN: 978-629-7549-08-8
Saiz: 10×7″
Halaman: 342

makyung-kelantan

Busana Dalam Makyung Kelantan

Sebagai permulaan buku ini menyentuh tentang busana Makyung yang dipakai dalam persembahan Makyung. Keindahan dan keunikan persembahan Makyung bukan sahaja terletak pada gemalai tarian yang menuntut kesabaran, naratif yang menarik, ucap tetap dan gaya tetap dengan iringan muzik yang mengasyikkan tetapi turut mencitrakan estetika melalui pemakaian busana yang lengkap dan indah yang terkandung simbol-simbol tertentu yang menarik. Oleh itu, setiap watak yang beraksi dalam persembahan Makyung mempunyai ciri-ciri busana yang tersendiri bagi membezakan peranan setiap watak yang beraksi, pemakaian busana ini turut menyerlahkan pangkat dan status watak terutama watak Pakyung, Makyung dan watak-watak sampingan yang lain.

Penulis: Roziah Adama

Harga: RM46
ISBN: 978-629-7549-09-5
Saiz: 9×6″
Halaman: 84

kritikan-kuratorial

Kritikan Kuratorial

BUKU Kritikan Kuratorial oleh Badrolhisham Mohd. Tahir yang memuatkan 19 artikel ini, memberi sumbangan yang sangat penting ketika bahan-bahan yang berkaitan kritikan seni tampak tempatan begitu kurang, berbanding dengan genre seni lain, misalnya sastera. Kekurangan tersebut menyebabkan penilaian, pengukuran dan intepretasi karya tempatan masih dilihat dari kaca mata Barat hingga dalam satu sisi meletakkan seni tampak Malaysia tidak dapat ‘membebaskan diri’ sepenuhnya dari seni asing. Kesemua artikel dalam buku ini merupakan eksplorasi yang mendalam untuk memahami perjalanan dan fenomena seni tempatan dari perspektif pengkritik Malaysia. Hasilnya, penulis meletakkan dirinya sebagai pengamat, interpretator dan pengkritik yang berada di tengah-tengah paradigma, polemik serta petembungan idea seni tampak Malaysia sejak penghujung 1990-an yang dimuatkan dalam pelbagai media tempatan.

Penulis: Badrolhisham Mohamad Tahir

Harga: RM62
ISBN: 978-629-7549-07-1
Saiz: 9×6″
Halaman: 350

malaysian-contemporary

Malaysian Contemporary Classical Music

Dive into the vibrant soundscape of Malaysian Contemporary Classical Music for violin, viola, cello, and piano, a collection that unveils the kaleidoscope of Malaysia’s musical heritage. Immerse yourself in a symphony of creativity as the compositions bridge tradition and innovation, echoing the diverse voices of our nation’s contemporary composers. From the bustling rhythms of urban life to the serene melodies inspired by our natural landscapes, each piece invites performers and audiences on a captivating journey through the heart of Malaysia. This compilation not only enriches the repertoire for musicians but also serves as a cultural milestone, weaving a tapestry that connects the past, present, and future of Malaysian contemporary classical music. Join us as we embark on a musical exploration, celebrating the intricate harmonies that define the soul of our nation

Penyusun: Johari Salleh

Harga: RM68
ISBN: 978-629-7549-11-8
Saiz: 11.5×8″
Halaman: 252

malaysian-heritage-songs

Anthology of Malaysian Heritage Songs

Embark upon an immersive exploration within the realm of Anthology of Malaysian Heritage Songs, where the musical notation encapsulates narratives spanning centuries past. This remarkable compendium of piano and vocal scores constitutes a harmonious tapestry, traversing diverse culture landscapes, extending an invitation to musicians and enthusiasts alike to partake in the aesthetic profundity of our collective heritage. From the evocative cadences of ancient musical motifs to the dynamic rhythms inherent in contemporary compositions, this anthology signifies a transcendent musical odyssey, unbounded by geographical demarcations, resonating in consonance with the collective pulse of humanity. Whether one is a seasoned practitioner of the musical arts or an inquisitive individual predisposed to an exploration of music’s potential as a cultural conduit, this volume avows to facilitate a cognitive enriching sojourn through temporal and traditional dimensions. Permit the melodies contained herein to serve as a guiding force as you can undertake a felicitous exploration, harmonizing with the narratives that interconnect us universally.

Penyusun: Johari Salleh

Harga: RM78
ISBN: 978-629-7549-12-5
Saiz: 11.5×8″
Halaman: 353