
Pengilmuan Seni dan Industri Kreatif
Hasil kertas kerja daripada 25 orang sarjana, tokoh dan pemikir seni berkenaan dasar-dasar ilmu, asas-asas seni dan bidang-bidang kesenian di dalam satu program persidangan yang mementingkan penekanan seni tradisi dalam menelusuri semula liku-liku pengajian seni di peringkat pengajian tinggi. Umumnya cuba melihat semula aspek-aspek pengilmuan kesenian dalam bidang-bidang seni yang diajar dan dikaji di insititusi pengajian tinggi.
Penyunting: Baharuddin Ahmad
Harga: RM40
ISBN: 978-9-83-253831-8
Saiz: 9.8×7.3″
Halaman: 432

Akal Budi Seni
Hatta Azad Khan—ahli akademik, karyawan teater dan filem yang sekali gus menjadi pengurus seni dan budaya. Beliau menjadi Dekan Pengasas Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif, Universiti Malaysia Sarawak (1993–1997), Pengarah Akademi Seni Kebangsaan (1999-2001) dan kemudian menjadi tokoh pertama dilantik menduduki kerusi Ketua Pengarah Istana Budaya (2001–2005) yang bertanggungjawab melahirkan gagasan “Seni Pentas Bertaraf Dunia” dengan membawa muzikal, opera, konsert okestra, balet, dramatari, teater moden dan teater tradisional Malaysia ke pentas profesional. Drama, muzikal dan lakon layar beliau memenangi pelbagai hadiah termasuk Hadiah Sastera dan Anugerah Seni Negara. Beliau adalah penerima SEA Write Award 2008 dan Anugerah Akademik Negara 2008.
Penulis: Hatta Azad Khan
Harga: RM25
ISBN: 978-9-83-253830-1
Saiz: 8.5×5.5″
Halaman: 297

Pengurusan Artistik Seni Pentas
Pengurusan artistik seni pentas yang dihuraikan secara rinci dalam buku ini amat penting kepada semua mereka yang terlibat dalam pelbagai rencah dan cabang apa jua seni persembahan. Buku ini turut menggarisbawahi betapa besar dan penting peranan gerak kerja di belakang tabir untuk menjayakan dan menyempurnakan sesuatu persembahan yang berkesan. Penulis buku ini mempunyai latar belakang akademik di luar negara dalam disiplin ini dan pengalaman langsung dalam bidang pengurusan artistik seni persembahan khususnya di Istana Budaya serta lain-lain persembahan mega di negara ini.
Penulis: Zulkifli Ab. Rashid
Harga: RM32
ISBN: 978-9-83-253892-9
Saiz: 9×6″
Halaman: 121

12 Cerita Pokok Makyung Fatimah Abdullah
Buku 12 Cerita Pokok Makyung Fatimah Abdullah merupakan buku pertama di Malaysia yang lengkap dengan sinopsis, struktur persembahan serta 12 skrip cerita Makyung. Buku ini sangat sesuai untuk dijadikan bahan rujukan dikalangan pelajar, pensyarah, penyelidik dan penggiat seni tradisional Makyung. Lahirnya buku yang sangat istimewa ini adalah satu usaha untuk memelihara kesenian yang telah diangkat oleh UNESCO.
Penyusun: Juhara Ayob, Eliza Mustafa & Zaimah Zulkifli
Harga: RM60
ISBN: 978-629-7549-08-8
Saiz: 10×7″
Halaman: 342

Busana Dalam Makyung Kelantan
Sebagai permulaan buku ini menyentuh tentang busana Makyung yang dipakai dalam persembahan Makyung. Keindahan dan keunikan persembahan Makyung bukan sahaja terletak pada gemalai tarian yang menuntut kesabaran, naratif yang menarik, ucap tetap dan gaya tetap dengan iringan muzik yang mengasyikkan tetapi turut mencitrakan estetika melalui pemakaian busana yang lengkap dan indah yang terkandung simbol-simbol tertentu yang menarik. Oleh itu, setiap watak yang beraksi dalam persembahan Makyung mempunyai ciri-ciri busana yang tersendiri bagi membezakan peranan setiap watak yang beraksi, pemakaian busana ini turut menyerlahkan pangkat dan status watak terutama watak Pakyung, Makyung dan watak-watak sampingan yang lain.
Penulis: Roziah Adama
Harga: RM46
ISBN: 978-629-7549-09-5
Saiz: 9×6″
Halaman: 84