
Gabag: Seni Persembahan Temiar
Gabag merupakan salah satu bentuk ritual berkaitan perubatan yang sangat penting dalam kehidupan suku kaum Temiar. Ritual ini juga dikenali oleh masyarakat umum sebagai sewang. Dalam kalangan suku kaum Temiar, ritual gabag yang dipersembahkan dalam bentuk tradisi mempunyai keunikan dan keistimewaan tersendiri. Antara lain, ia mempunyai perkaitan rapat dengan kepercayaan kepada kuasa supernatural dan hubungan manusia dengan alam semula jadi. Pengaruh kepercayaan dan alam dan simbol dalam ritual ini belum banyak diketahui dan difahami oleh masyarakat umum. Justeru, ia perlu diteroka dan difahami untuk melihat makna persembahan gabag tersebut dalam masyarakat berkenaan.
Penulis: Sahar Sa’di Hashim, Ramle Abdullah, Hairul Nizam, Hafis Simin, Asmawi Ibrahim
Harga: RM31
ISBN: 978-9-83-253873-8
Saiz: 9×6″
Halaman: 156

Orang Asli: Kepercayaan Tradisi dan Islamisasi
Pengeluaran buku ini menambah lagi bahan rujukan tentang masyarakat Orang Asli, khususnya berkaitan kepercayaan dan kegiatan dakwah. Buku ini dianggap istimewa kerana penulisannya dilakukan secara gandingan di antara ahli akademik yang mendapat latihan dalam bidang antropologi sosial dan pendidikan Islam. Beberapa dimensi yang dibincangkan dalam buku ini membekalkan maklumat yang cukup penting dalam mengenali Orang Asli, khususnya berkaitan kepercayaan dan isu dakwah. Maklumat-maklumat yang disampaikan adalah berasaskan sumber sahih daripada para penulis terdahulu dan penyelidikan yang dijalankan oleh penulis bersama rakan-rakan
Penulis: Ramlee Abdullah, Hafis Simin, Abdul Manam Muhamad, Azlina Abdullah, Hairul Nizam.
Harga: RM24
ISBN: 978-9-83-253872-1
Saiz: 9×6″
Halaman: 101

Temiar: Warisan Kepimpinan dan Pembangunan
Kepimpinan suku kaum Temiar merupakan wakil anggota komuniti dalam hubungan dengan
masyarakat luar. Peranan penghulu dalam kalangan suku kaum Temiar adalah sebagai wakil suku kaumnya dalam hubungan dengan masyarakat luar terutama dalam urusan berkaitan dengan aktiviti ekonomi dan juga sosial. Inisiatif penerbitan buku ini adalah berasaskan maklumat yang diperolehi daripada suku kaum Temiar di negeri Kelantan melalui penyelidikan yang dijalankan. Selain daripada memaparkan latar belakang suku kaum Temiar, perbincangan dalam buku ini memberi fokus kepada warisan kepimpinan tradisional
dan kepimpinan moden serta isu-isu berkaitan dengannya.
Penulis: Hafis Simin, Ramle Abdullah, Asmawi Ibrahim, Sahar Sa’di Hashim, Abdullah Ibrahim.
Harga: RM21
ISBN: 978-9-83-253878-3
Saiz: 9×6″
Halaman: 152

Semaq Beri: Warisan dan Dinamika Kepimpinan
Institusi kepimpinan suku kaum Semaq Beri merupakan suatu sistem yang diwarisi sejak turun temurun. Individu yang dilantik atau mengambil peranan sebagai ketua dianggap mempunyai status sosial yang sangat istimewa dalam komuniti. Selain itu, keistimewaannya juga terserlah dalam beberapa perkara lain. Pertama, pemimpin mempunyai autoriti dalam banyak perkara untuk membolehkannya menjalankan peranan kepimpinan ke arah mengharmonikan anggota komuniti. Kedua, seorang pemimpin sering mendapat layanan istimewa dalam banyak situasi, terutama dalam upacara atau majlis-majlis yang diadakan
Penulis: Hafis Simin, Ramlee Abdullah, Hairul Nizam, Faizol Subhi, Abdullah Ibrahim.
Harga: RM28
ISBN: 978-9-83-253870-7
Saiz: 9×6″
Halaman: 137

Tanah Saka Warisan Temiar
Dalam kalangan suku kaum Temiar, tanah saka dianggap “nadi” dalam kehidupan—satu aset yang menenutkan kelangsungan hidup. Pada kebelakangan ini isu berkaitan tanah saka semakin hangat dibangkitkan terutama apabila wujudnya projek-projek pembangunan yang melibatkan kawasan penempatan atau berhampiran penempatan mereka. Selain daripada memaparkan latar belakang suku kaum Temiar, perbincangan dalam buku ini memberi fokus kepada pemilikan tanah dan konsep tanah saka serta isu-isu berkaitan dengannya
Penulis: Ramle Abdullah, Hafis Simin, Asmawi Ibrahim, Sahar Sa’di Hashim, Hairul Nizam.
Harga: RM33
ISBN: 978-9-83-253869-1
Saiz: 9×6″
Halaman: 127