
Kritikan Kuratorial
BUKU Kritikan Kuratorial oleh Badrolhisham Mohd. Tahir yang memuatkan 19 artikel ini, memberi sumbangan yang sangat penting ketika bahan-bahan yang berkaitan kritikan seni tampak tempatan begitu kurang, berbanding dengan genre seni lain, misalnya sastera. Kekurangan tersebut menyebabkan penilaian, pengukuran dan intepretasi karya tempatan masih dilihat dari kaca mata Barat hingga dalam satu sisi meletakkan seni tampak Malaysia tidak dapat ‘membebaskan diri’ sepenuhnya dari seni asing. Kesemua artikel dalam buku ini merupakan eksplorasi yang mendalam untuk memahami perjalanan dan fenomena seni tempatan dari perspektif pengkritik Malaysia. Hasilnya, penulis meletakkan dirinya sebagai pengamat, interpretator dan pengkritik yang berada di tengah-tengah paradigma, polemik serta petembungan idea seni tampak Malaysia sejak penghujung 1990-an yang dimuatkan dalam pelbagai media tempatan.
Penulis: Badrolhisham Mohamad Tahir
Harga: RM62
ISBN: 978-629-7549-07-1
Saiz: 9×6″
Halaman: 350

Gunungan: Alam yang Belum Beriwayat
Lantaran kita tersilau dengan gemerlapnya bakat Anwar Ridhwan dalam dunia penulisan kreatif dan juga deskriptif, kita seakan-akan tidak boleh dapat melihat serta menghidu bahawa beliau juga berkebolehan dan berbakat dalam cabang seni yang lain. Dunia seni lukis juga sudah dianggap sebati dengan diri beliau sejak sekian lama lagi, seiring dengan bakat dan kecenderungannya dalam bidang penulisan.
Penulis: Anwar Ridhwan
Harga: RM40
ISBN: 978-9-83-253893-6
Saiz: 8×8″
Halaman: 71