
Antologi Skrip Teater Runcit 2021
Antologi Skrip Teater Runcit 2021 merupakan satu kompilasi yang diusahakan oleh Fakulti Teater ASWARA bagi mengintegrasikan idea dan hasil penulisan dari penggiat teater. Buku ini mengumpulkan 10 skrip terbaik daripada 10 orang penulis yang berbeza latar belakang.
Antaranya seperti Ib, Jalwa Johari, Han Zalini, Sadiq M. Jamil, Ridhwan Saidi, Fattah Fawzy, S. Syazan, Naque Ariffin, Aliff Adzham dan penulis bersama Zulhelmi Zainal dan Azna Azmi. 10 skrip terbaik ini telah melalui beberapa peringkat dari penilaian oleh penilai yang dilantik dan juga telah mempersembahkan secara dalam talian melalui pertandingan teater yang berdurasi 10 minit. Isu yang diangkat melalui buku ini sesuai dengan situasi Covid-19 yang telah melanda dunia. Dengan terbitnya buku ini, dapat memberi peluang kepada penggiat seni dan pelajar khususnya, merujuk dan menjadikan skrip-skrip ini untuk dipentaskan.
Penyusun: Hanura Akbar & Iefiz Alaudin
Harga: RM33
ISBN: 978-9-83-253882-0
Saiz: 8×5.5″
Halaman: 85

Antologi Drama Dunia (Siri 1)
Fakulti Teater mengambil inisiatif ini untuk menerbitkan karya-karya terjemahan yang telah dilakukan oleh adiguru Ahmad Yatim sebagai dokuementasi penting bukan sahaja di ASWARA tetapi dalam seni persembahan di Malaysia. Fakulti Teater menganggap bahawa karya-karya penting dunia perlu diterjemahkan untuk memberikan akses terhadap ilmu drama dan teater dunia kepada pelajar tempatan. Karya-karya ini bukan sahaja bernilai untuk tujuan produksi dan pementasan semata-mata tetapi berupaya membawa kefahaman tentang konvensyen pendramaan Barat, ideologi dan falsafah penulis, konvensyen teaterikal dan yang paling utama perihal masyarakat di luar pendramaan. Dengan adanya karya terjemahan ini, pembaca dapat melihat dan meneliti budaya masyarakat dunia melalui drama.
Penterjemah: Ahmad Yatim
Penyusun: Shahrul Mizad Ashari & Fasyali Fadzly
Harga: RM45
ISBN: 978-9-83-253882-0
Saiz: 8×5.5″
Halaman: 85

Antologi Drama Dunia (Siri 2)
Fakulti Teater mengganggap bahawa karya-karya penting dunia perlu diterjemahkan untuk memberikan asas terhadap ilmu drama dan teater dunia kepada pelajar tempatan. Justeru itu, Antologi Drama Dunia: Siri 2 diteruskan lagi dengan menampilkan tiga karya terjemahan iaitu Miss Julie, Arms and the Man dan Ghost. Naskah ini dipilih oleh penulis yang berbeza bagi melihat ideologi dan pemikiran yang ingin disampaikan. Ketiga-tiga naskah ini diterbiatkan sebagai antologi adalah untuk menambah koleksi naskhah terjemahan, memperkayakan pemikiran dan membentuk suasana ilmu yang sentiasa berkembang.
Penterjemah: Ahmad Yatim
Penyusun: Shahrul Mizad Ashari & Rime Nazren
Harga: RM58
ISBN: 978-629-7549-10-1
Saiz: 9×6″
Halaman: 186

Antologi Skrip Pesta Teater Runcit 2022
Antologi Skrip Pesta Teater Runcik 2022 merupakan satu kompilasi yang diusahakan oleh Fakulti Teater ASWARA bagi mengintegrasikan idea dan hasil penulisan daripada peringkat teater. Buku ini telah mengumpulkan 10 skrip terbaik daripada 10 orang penulis yang berbeza latar belakang. Antaranya seperti Ira Rizal, Prof. Shark, Hannan Barakbah, Alfidzi, Amirul Hakim Dalail, Amar Asyraf, Fattah Fawzy, Fatema Sani, Yusuf Zalfakhar dan Raimi Jaafar. 10 skrip terbaik ini telah melalui beberapa peringkat penilaian dan telah dipersembahkan di Panggung Eksperimen, ASWARA melalui pertandingan teater pendek. Tema yang dipilih ialah “Masa Lampau, Masa Depan”. Dengan terbitnya buku ini, ia dapat memberi peluang kepada penggiat seni dan pelajar khususnya, merujuk dan menjadikan skrip-skrip ini untuk dipentaskan selain dari medium pengembangan idea secara kreatif dan kritis.
Penyusun: Hanura Akhbar & Lefiz Alaudin
Harga: RM45
ISBN: 978-629-7549-06-4
Saiz: 9×6″
Halaman: 84