PANDUAN PENULISAN BUKU

PANDUAN KEPADA PENULIS

Penulis yang berminat untuk menerbitkan buku dengan Penerbit ASWARA perlu mengisi Borang Cadangan untuk Menerbitkan Buku melalui sistem mySENI dan muat naik manuskrip. Untuk memudahkan proses semakan awal dan penilaian, pengarang diminta untuk menyerahkan manuskrip (bercetak atau digital) dalam format yang berikut:

  • Jenis dan saiz fon: Times New Roman, 12 pt
  • Muka surat dinomborkan dari mula hingga akhir
  • Berjarak ganda 1.5 (termasuk nota, rujukan/bibliografi dan kapsyen rajah/jadual)
  • Margin 1 inci di keliling muka surat (kiri/kanan/atas/bawah)
  • Cetakan dibuat pada sebelah muka surat kertas A4 berwarna putih (untuk penyerahan manuskrip bercetak sahaja)
  • CD (jika ada) dilabelkan dengan nama pengarang, tajuk manuskrip, perisian dan jenis fon yang digunakan (untuk penyerahan manuskrip bercetak sahaja)
  • Keizinan bertulis (jika ada) daripada pemegang hak cipta atau pemilik asal untuk menerbitkan semula bahan dan perakuan (credit lines) dilampirkan (contohnya rajah, jadual dan petikan)
  • Catatan khusus untuk bahan yang diserahkan (jika ada): penggunaan perisian atau fon khas
  • Penulis digalakkan menyusun penulisan mereka dengan menggunakan bab  atau subbab. Pembahagian subbab boleh ditandakan dengan yang berikut:
    Tajuk Bab: Huruf Besar/Tebal/saiz fon 14
    Subbab Pertama: Huruf Besar/Tebal/saiz fon 12
    Subbab Kedua: Huruf Kecil/Tebal/saiz fon 12
    Subbab Ketiga: Huruf Kecil/Italik/Tebal/saiz fon 12
    (Penulisan bab keempat atau lebih tidak digalakkan).
  • Penggunaan nota kaki atau nota hujung untuk penjelasan lanjut dalam teks adalah tidak digalakkan.
  • Sumber teks hendaklah menggunakan gaya ini: (penulis, tahun)
  •  Lampiran; (jika ada) mestilah dalam penomboran Rom seperti Lampiran I, Lampiran II, Lampiran III dan sebagainya.
  • Glosari; (jika ada); penerangan istilah mesti disusun mengikut susunan abjad. Setiap istilah mesti dicondongkan.
  • Biodata Ringkas; penerangan ringkas tentang penulis.
  • Indeks; kata kunci atau perkara secara bertulis untuk rujukan cepat penulis.   Mesti disusun mengikut susunan abjad.
  • Bibliografi; menggunakan APA style yang terkini.
  • Blurb dan biodata ringkas pengarang
  • Bahagian awalan: Muka surat tajuk, Muka surat kandungan, Kata Pengantar, Pengenalan, Senarai Singkatan.
  • Teks:
    a. Pengenalan
    b. Bab, bahagian atau Subbab
    c. Penutup
  • Bahagian akhiran:
    a. Lampiran Nota (kecuali karya suntingan, iaitu di akhir bab)
    b. Glosari
    c. Rujukan
    d. Indeks
  • Kulit buku:
    a. Maklumat ringkas pengarang
    b. Blurb

Rajah dan jadual merupakan elemen yang ada dalam hampir setiap manuskrip. Oleh sebab itu, untuk memudahkan penyuntingan dan penghasilan rajah dan jadual yang sesuai untuk penerbitan, sila rujuk spesifikasi yang berikut:

  • Saiz: 4.5 inci panjang x 7 inci lebar (pandangan menegak); 7 inci panjang x 4.5 inci lebar (pandangan melintang).
  • Rajah/jadual diasingkan daripada teks, dirujuk dan ditanda kedudukannya pada teks.
  • Resolusi: sekurang-kurangnya 300 dpi.
  • Rajah/jadual diserahkan dalam bentuk fail asal yang boleh disunting (format jpeg/png).
  • Rajah/jadual disertakan nombor dan kapsyen yang sesuai.
  • Rajah/jadual disertakan sumber lengkap sekiranya dipetik daripada sumber/penerbitan lain.

Penerbit ASWARA tidak menetapkan panduan gaya khusus yang wajib digunakan dalam penulisan dan penyuntingan manuskrip. Namun begitu, pengarang boleh merujuk Gaya Dewan dan APA Style yang menjadi panduan umum Penerbit ASWARA. Pengarang juga perlu memastikan keselarasan bahasa, ejaan, tanda baca, penomboran dan sebagainya untuk keseluruhan manuskrip.

Pengarang juga diminta untuk menyerahkan maklumat peribadi, iaitu salinan kad pengenalan, alamat perhubungan terkini dan foto pengarang semasa menyerahkan manuskrip untuk memudahkan pemprosesan permohonan.