PANDUAN KEPADA PENULIS
1.0 SKOP
The International Journal of Arts, Culture and Heritage (iJACH) adalah jurnal antarabangsa yang diterbitkan oleh Akademi Seni, Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), dengan menumpukan kepada pembangunan pengetahuan dalam pelbagai genre seni visual dan persembahan, sastera, budaya serta warisan, khususnya penyelidikan di rantau Asia. Jurnal ini memberi penekanan dari aspek kualiti yang tinggi dari segi keaslian artikel asal, ulasan buku, kerja seni dan hasil penyelidikan untuk mempertingkatkan bidang seni, budaya dan warisan.
iJACH diterbitkan dua kali setahun dalam talian oleh ASWARA dan akan dipantau oleh pengulas dalam disiplin yang berkaitan.
2.0 GARIS PANDUAN
The International Journal of Arts, Culture and Heritage (iJACH) adalah jurnal antarabangsa yang diterbitkan oleh Akademi Seni, Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), dengan menumpukan kepada pembangunan pengetahuan dalam pelbagai genre seni visual dan persembahan, sastera, budaya serta warisan, khususnya penyelidikan di rantau Asia. Jurnal ini memberi penekanan dari aspek kualiti yang tinggi dari segi keaslian artikel asal, ulasan buku, kerja seni dan hasil penyelidikan untuk mempertingkatkan bidang seni, budaya dan warisan.
iJACH diterbitkan dua kali setahun dalam talian oleh ASWARA dan akan dipantau oleh pengulas dalam disiplin yang berkaitan.
- Had perkataan: 5,000 hingga 7,000 patah perkataan.
- Penulisan sama ada dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.
- Karya-karya asli yang belum pernah diterbitkan sebelum atau tidak diserahkan kepada mana-mana penerbit.
- Tajuk dan deskriptif (maksimum 15 perkataan).
- Menyertakan butir-butir lengkap pengarang: Nama penuh, alamat, nombor telefon, nombor faksimili dan alamat emel.
- Abstrak.
- Kata kunci.
- Kandungan.
- Kesimpulan.
- Rujukan.
- Biografi penulis.
3.0 FORMAT PENULISAN
- Saiz margin manuskrip di atas kertas A4 hendaklah mengikut spesifikasi berikut
- Atas: 5.5 sm
- Bawah: 4.0 sm
- Kiri: 4.0 sm
- Kanan: 3.5 sm
- Manuskrip hendaklah ditaip menggunakan TIMES NEW ROMAN mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh iJACH.
3.1 Tajuk
- Tajuk manuskrip perlu tepat, padat dan berkaitan dengan kandungan.
- Nama penuh penulis hendaklah ditulis di bawah tajuk. Jika terdapat penulis bersama, nyatakan penulis utama untuk dihubungi.
- Manuskrip di dalam Bahasa Melayu perlu mempunyai tajuk dalam Bahasa Inggeris
- Tajuk manuskrip mesti ditulis menggunakan format Bold & Title Case, saiz huruf 18 dan Centered.
- Nama penulis perlu ditulis menggunakan format Bold &Case Title, saiz huruf 10 dan Centered.
- Butir-butir penulis perlu ditulis menggunakan format Normal & Title Case, saiz huruf 9 dan Centered.
3.2 Abstrak
- Abstrak harus tepat menjelaskan aspek permasalahan, objektif, metodologi, penemuan serta kesimpulan, tidak melebihi 200 patah perkataan.
- Manuskrip Bahasa Melayu juga harus menyertakan abstrak dalam Bahasa Inggeris.
- Abstrak hendaklah ditulis menggunakan Italics, saiz huruf 10 dan Justified.
3.3 Kata Kunci
- Penulis harus menyediakan maksimum lima (5) kata kunci yang ditulis selepas abstrak untuk memudahkan capaian maklumat.
- Kata kunci perlu ditulis menggunakan format Normal, saiz huruf 12 dan justified.
3.4 Kandungan
- Manuskrip boleh mempunyai seperti yang berikut, iaitu: Pengenalan, Kajian Literatur, Metodologi, Penemuan, Perbincangan dan Kesimpulan.
- Setiap bahagian perlu diberikan tajuk yang sesuai menggunakan format Bold, saiz huruf 12 dan Justified.
- Teks manuskrip hendaklah ditaip dengan jarak 1.0 menggunakan format Normal, saiz huruf 12 dan Justified.
- Setiap jadual dan rajah perlu dirujuk sebelum diilustrasikan dan mesti diikuti dengan penjelasan yang berkaitan dengan jadual dan rajah.
- Jadual dan rajah mestilah lengkap, jelas dan ringkas dengan tajuk yang sesuai, sama ada berwarna atau hitam dan putih.
- Jadual dan rajah perlu dinomborkan secara sistematik seperti Jadual 1, Jadual 2 atau Rajah 1, Rajah 2.
- Tajuk jadual mestilah di atas jadual, manakala tajuk rajah mesti berada di bawah rajah.
- Semua imej mestilah dikemukakan secara berasingan dengan minimum 72 dpi resolusi JPEG.
3.5 Rujukan
- Semua manuskrip mesti mengikut ketetapan Publication Manual of the American Psychological Association (APA- 13th edition).
- Semua rujukan mesti menggunakan catatan hujung (end notes).
3.6 Biografi Penulis
- Biografi penulis tidak boleh melebihi 70 perkataan.
- Biografi penulis mestilah ditulis menggunakan format Normal, saiz huruf 9 dan Justified.
4.0 HAKCIPTA
Penulis:
- Bertanggungjawab memastikan bahawa manuskrip yang dihantar tidak melanggar mana-mana peraturan hak cipta;
- Bertanggungjawab untuk membayar pampasan kepada editor dan penerbit bagi mana-mana pelanggaran hak cipta;
- Perlu mendapat kebenaran terlebih dahulu untuk menerbitkan semula atau mengubah suai kandungan yang telah mempunyai hak cipta dan menunjukkan bukti kebenaran semasa penyerahan salinan akhir manuskrip;
- perlu mendapatkan kebenaran untuk mengulangi atau mengubah apa-apa kandungan yang dilindungi oleh hak cipta dan lampirkan kebenaran secara bertulis bersama-sama dengan manuskrip akhir yang telah disunting.
Editor dan Penerbit:
- Berhak untuk menyunting mana-mana bahagian manuskrip;
- Tidak bertanggungjawab terhadap penulis yang melanggar mana-mana hak;
- Mempunyai hak mutlak ke atas semua manuskrip yang disiarkan di dalam iJACH. ASWARA mempunyai hak untuk mengulangi penerbitan manuskrip termasuk cetak semula salinan bercetak atau elektronik atau mana-mana jenis penerbitan lain, untuk tujuan penyebaran pengetahuan.
5.0 PROSES ULASAN
- Proses editorial adalah di antara satu (1) ke tiga (3) bulan, bergantung kepada kesediaan pengulas pakar, bilangan pengulas yang diperlukan, dan kalendar editorial iJACH.
- Proses ulasan manuskrip adalah rahsia. Identiti penulis tidak akan didedahkan kepada pengulas dan sebaliknya.
- Pengulas dipilih oleh editor iJACH.
- Setiap manuskrip akan dinilai mengikut skop dan kualiti iJACH mengikut disiplin ilmu, analisis rasional, skop konseptual dan kontekstual, penulisan yang jelas seta memenuhi syarat teknikal yang ditetapkan. Manuskrip yang tidak memenuhi syarat minimum akan ditlak tanpa dikaji semula.
- Manuskrip yang diterima untuk semakan akan dinilai semula oleh dua orang ahli yang mempunyai kepakaran yang releven di dalam bidang masing-masing. Editor Eksekutif (EE) akan membuat keputusan muktamad terhadap semua naskhah, berdasarkan dapatan daripada pengulas dan perundingan dengan ahli-ahli editorial. Jika berlaku percanggahan kepentingan mengenai manuskrip pada EE, Lembaga Editorial akan membuat keputusan muktamad.
- Sekiranya terdapat percanggahan keputusan, manuskrip akan dihantar kepada pengulas ketiga.
- Manuskrip yang memerlukan pusingan kedua untuk semakan utama EE, mengikut budi bicara beliau boleh menolak manuskrip tersebut.
- Manuskrip yang dihantar oleh mana-mana anggota Lemabaga Editorial adalah tertakluk kepada prosedur pemilihan yang sama.
6.0 PENYERAHAN ARTIKEL
- Artikel hendaklah dikemukakan mengikut format yang ditetapkan dalam seksyen 4.0 kepada:
- Ketua Editor
The International Journal of Arts, Culture and Heritage (iJACH)
Pusat Penyelidikan, Persidangan dan PenerbitanAkademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA)
464, Jalan Tun Ismail
50480 Kuala Lumpur, MALAYSIA
Portal: https://myseni.aswara.edu.my/
Email: pppp@aswara.edu.my
- Ketua Editor
7.0 MAKLUMAT LANJUT DAN PERTANYAAN
- Hubungi talian berikut untuk maklumat lanjut dan pertanyaan:
Tel: +603 2697 5999 / 5981 / 5987
Fax: +603 2697 5903
Email: pppp@aswara.edu.my
Portal: www.aswara.edu.my