
Pengajaran & Pembelajaran Era Pandemik di ASWARA: Kaedah & Cabaran
Buku Pengajaran & Pembelajaran Era Pandemik di ASWARA: Kaedah & Cabaran ini memuatkan pengalaman, kaedah dan cabaran ASWARA sebagai institusi pendidikan seni, budaya dan warisan dalam melaksanakan PdP secara dalam talian. Ia berbeza dengan sebahagian besar institusi- institusi pengajian awam yang lain di negara ini kerana penekanan pembelajaran lebih bersifat praktikal atau amali. Cabaran dan hambatan utama ialah bagaimana beberapa pelaksanaan PdP untuk subjek-subjek praktikal tersebut hingga muncul beberapa pandangan para penulis tentang sejauh mana keberkesanan dan kemampuan pelajar mengkonstruksi dan membina pengetahuan dalam subjek-subjek praktikal tersebut.
Penyunting: Azman Ismail & Fauziah Mohd Daud
Harga: RM32
ISBN: 978-9-83-253887-5
Saiz: 9×6″
Halaman: 121

Pelancongan Seni dan Budaya: Peranan dan Sumbangan ASWARA
ASWARA menjadi salah satu kekuatan kepada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) untuk melahirkan lebih ramai bakat- bakat pemain industri dalam sektor pelancongan, khususnya yang berasaskan kebudayaan dan kesenian. Dalam buku yang memuatkan lapan tulisan ini, para tenaga akademik ASWARA mengemukakan solusi, pandangan dan dapatan tentang peranan yang dimainkan oleh institusi ini dalam membantu kerajaan untuk menjadikan seni dan budaya sebagai elemen yang dapat diketengahkan sebagai produk pelancongan.
Penyunting: Azman Ismail & Fauziah Mohd Daud
Harga: RM35
ISBN: 978-9-83-253888-2
Saiz: 9×6″
Halaman: 125

MCO: My Creative Opinion
This is our first ever webinar event title My Creative Opinion (MCO), organised by Faculty of Animation & Multimedia ASWARA. The main goal of this webinar is to offer a platform for academicians, practitioners and enthusiasts from all over Malaysia to exchange opinions and contribute to development of the creative industry. A total 13 topics from the webinar session have been selected for publication in this book covering various disciplines related to the field of animation, games arts and visual arts. Although bugged by the Movement Control Order, the faculty could not simply lay back and stop. We have to adapt and move forward. This proceeding is a proof of just that, to benefit all students, academicians and practitioners of the creative industry.
Editor: Rasfan Abu Bakar & Fariz Azmir Mohd Ghazali
Harga: RM22
ISBN: 978-9-83-253868-4
Saiz: 9×6″
Halaman: 73

Cogito Ergo Sum: Kumpulan Esei Kenegaraan, Seni dan Budaya
Cogito Ergo Sum: Kumpulan Cerpen Esei Kenegaraan, Seni dan Budaya menghimpunkan esei pendek tentang kenegaraan, seni dan budaya yang turut merangkumi aspek sastera dan bahasa. Bahagian pertama dalam kumpulan esei ini menyentuh isu-isu kenegaraan, politik, integrasi kaum dan patrotisme. Bahagian kedua pula merupakan tulisan-tulisan yang berkaitan bahasa, sastera dan filem, manakala bahagian ketiga buku ini ialah tulisan-tulisan berkaitan dengan teater, seni dan budaya. Meskipun digarap dan ditekuni dengan pendekatan separa akademik, pemikiran-pemikiran yang berkaitan dengan kenegaraan, kesenian, kebudayaan, isu-isu bahasa dan politik dapat diangkat dengan cukup berkesan.
Penulis: Azman Ismail
Harga: RM46
ISBN: 978-9-83-253871-4
Saiz: 9×6″
Halaman: 295