
In The Moonlight
A through-line of this anthology would be the ever present Essence of God’s beneficence that has yielded and opened up not only the meanings of relationships, oh hidden truths, of altered states of consciousness, of relationships within the whole gamut of human emotions within a metaphysical context of discovery, the surrender of self and of personal epiphanies.
Penulis: Baharudin Ahmad, Anwar Ridhwan, Zubaidah Yusuf, Aadil Farook, Anita Zainalabidin
Harga: RM25
ISBN: 978-9-83-253830-1
Saiz: 8.5×5.5″
Halaman: 101

Bulan Belum Kelam
Bulan Belum Kelam memuatkan tujuh buah drama pentas hasil nukilan Roziah Adama yang pernah memenangi Hadiah Sastera Perdana Malaysia, Pertandingan Penulisan Skrip Drama Pentas anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka dan sebuah karya mengenai pandemik Covid-19 pada tahun 2020. Sebelum Subuh, Bulan Belum Kelam, Ketuk, Buang, Hitam Manis, Sepak dan Bulatan merupakan skrip drama pentas yang memaparkan kerencaman hidup manusia yang bergelut dengan konflik sehingga hampir melenyapkan nilai kemanusiaan.
Penulis: Roziah Adama
Harga: RM28
ISBN: 978-9-83-253874-5
Saiz: 9×6″
Halaman: 103

C Antagonis: Puisi-puisi Kesan Pandemik
Covid-19. Bagaimana pandemik ini merasuk dan mempengaruhi perjalanan hidup pada jalur horisontal hubungan sesama manusia, serta pada
jalur vertikal hubungan manusia dengan Pencipta? Penyair-penyair dari Malaysia, Brunei Darussalam, Indonesia, Singapura dan Thailand menghidangkan bait-bait indah mereka dalam penerbitan antalogi antarabangsa ASWARA ini.
Penyelenggara: Mohd. Ridzuan Harun & Anwar Ridhwan
Harga: RM25
ISBN: 978-9-83-253849-1
Saiz: 8.2×5.8″
Halaman: 132

Strukturalisme Genetik dalam Novel-novel Pramoedya Ananta Toer
Buku Strukturalisme Genetik dalam Novel-novel Pramoedya Ananta Toer ini merupakan sebuah kupasan mendalam untuk memahami novel-novel Pramoedya yang ditempatkan dalam perspektif sosial dan bagaimana struktur masyarakat, sejarah dan ideologi memiliki pengaruh terhadap karya sastera. Antara imej struktur sosial yang menjadi fakta eksrinsik kepada pembinaan novel- novel Pramoedya yang dikupas dalam buku ini, ialah dunia tragik kelas marginal di Jawa akibat kolonialisme Belanda dan feudalisme tradisional. Pada masa yang sama, novel-novel beliau juga merupakan simbol-simbol pemberontakan beliau terhadap budaya Jawa yang feudal, kolot dan merugikan kelas marginal yang dicerminkan melalui konsep Jawa Dwipa iaitu ketaatan serta kesetiaan yang melampau kepada pemimpin (raja, ratu, priyayi dan kelas aristokrat tradisional Jawa).
Penulis: Azman Ismail
Harga: RM48
ISBN: 978-9-83-253891-2
Saiz: 9×6″
Halaman: 269