Ciptaan Baharu Gerak Randai dalam Cerita Malin Nan Kondang: Kajian Kes Program Kolaborasi Randai Serumpun Malaysia Dan Indonesia

Juhara Ayob, Kamarul Baisah Husin, Eliza Mustafa, Mohamad Yusmar Afeendi Yusof, Nor Azura Abu Bakar

Published : 29-12-2025

DOI : https://doi.org/10.62312/asw.ijach.14.4.2025

Abstrak :

Randai merupakan seni teater tradisional Minangkabau yang menggabungkan silat, dendang, kaba, dan lakonan, namun popularitinya semakin merosot akibat pengaruh hiburan moden dan kurangnya inovasi. Kajian ini menganalisis elemen gerak ciptaan baharu dalam persembahan Randai Malin Nan Kondang yang dihasilkan melalui kolaborasi antara Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) dan Institut Seni Indonesia (ISI) Padangpanjang. Reka bentuk kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui temu bual tidak berstruktur bersama tokoh randai, pemerhatian terhadap rakaman persembahan yang disiarkan dalam talian dan analisis dokumen terhadap sumber primer dan sekunder. Dapatan kajian mengenal pasti empat elemen utama yang mengalami inovasi, iaitu tepuk galembong, bunyi (goreh), pola lantai, dan motif gerak. Inovasi ini memperlihatkan integrasi teknik tarian moden, variasi pola bunyi, simbolisme pola lantai, dan penggunaan teknologi seperti layar hijau, sambil mengekalkan prinsip asas pencak silat randai. Hasil kajian membuktikan bahawa inovasi tersebut mampu meningkatkan daya tarik randai terhadap khalayak kontemporari, memperkukuh nilai dramatik persembahan, dan membuka ruang baharu bagi pengembangan randai sebagai seni tradisional yang relevan dalam konteks digital dan global.


Kata Kunci : Randai, Gerak Ciptaan Baharu, Inovasi Seni Tradisional

Muat turun artikel penuh : 2289-5051_iJACH_Vol 14_Issue 4_Dec 2025