Elemen Realisme Magis dalam Skrip Monodrama Kuay Anwar Ridhwan

Roziah Adama

Published : 31-12-2024

DOI : https://doi.org/10.62312/asw.ijach.12.6.2024

ABSTRACT

Monodrama Kuay merupakan sebuah karya yang digarap oleh Anwar Ridhwan yang terkandung dalam kumpulan drama Rumah Septuagenarian (2021). Karya ini diadaptasi daripada bahagian “Prolog” dan “Epilog” novel Penyeberang Sempadan yang diterbitkan pada tahun 2021. Monodrama ini hanya dilakonkan oleh seorang pelakon yang memegang watak Kuay dan pelbagai watak lain.
Sehubungan dengan itu, kajian ini bertujuan menganalisi monodrama “Kuay” menggunakan teori realisme magis Wendy D. Faris. Beliau memperkenalkan lima elemen realisme magis untuk mengkategorikan sesebuah karya sebagai karya realisme magis iaitu elemen yang tidak dapat dijelaskan, penggabungan dua dunia, keraguan yang tidak berkesudahan, dunia fenomena dan gangguan identiti, ruang, masa dan latar namun kajian ini hanya mengaplikasikan elemen yang tidak dapat dijelaskan. Oleh yang demikian, hasil kajian menunjukkan bahawa skrip monodrama “Kuay” terkandung elemen yang tidak dapat dijelaskan yang tercitra pada watak dan benda abstrak menyebabkan munculnya unsur-unsur magis yang tidak dapat diterima logik akal, hal ini menyebabkan monodrama “kuay” dikategorikan sebagai karya realisme magis.


Keywords : Elemen tidak dapat dijelaskan, watak, benda, monodrama, Anwar Ridhwan.

VIEW FULL ARTICLE :

Muat turun: 2289-5051_iJACH _Vol 12_Issue 6_Dec 2024