Integrasi Model EduCinema™ dengan Kerangka Program Transformasi Sekolah 2025 untuk Pendidikan Khas di SBJK, Kuala Lumpur

Hazny Saleh, Azman Ismail &Shafiq Ahmed Ghazie

Published : 30-6-2025

DOI : https://doi.org/10.62312/asw.ijach.13.1.2025

Abstrak

Kajian ini merupakan pemetaan yang dilakukan untuk mengintegrasikan Model EduCinema™dengan Kerangka Program Transformasi Sekolah 2025 (KPTS), khususnya dalam konteks pendidikan khas bagi pelajar gelandangan di Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (SBJK), Kuala Lumpur. Proses ini merangkumi penyusunan konsep, fungsi, dan sifat model yang disesuaikan untuk memenuhi keperluan pendidikan khas pelajar gelandangan, sejajar dengan prinsip pendidikan abad ke-21. Model EduCinema™, yang menggabungkan teknologi, kreativiti, sinematografi dan pendekatan berpusatkan pelajar, digunakan dalam KPTS untuk mencipta persekitaran pembelajaran yang lebih inklusif, praktikal, dan relevan. Pendekatan ini bertujuan membina kemahiran sosial, komunikasi, dan penyelesaian masalah, selain memberi penekanan kepada emosidan kesejahteraan pelajar. Berdasarkan kajian, Model EduCinema™ mempunyai potensi yang besar dalam meningkatkan kualiti pendidikan khas, khususnya bagi pelajar gelandangan di SBJK. Melalui pendekatan yang mengintegrasikan teknologi, kreativiti, dan pembelajaran berasaskan projek, model ini mampu memberikan pengalaman pembelajaran yang lebih menarik, interaktif, dan relevan dengan kehidupan pelajar gelandangan. Keberkesanan model ini dapat dilihat dari segi peningkatan penglibatan pelajar, kemahiran sosial, serta kecekapan pengajaran dan pembelajaran abad ke-21 seperti pemikiran kritis, komunikasi, dan kerjasama.

Kata kunci: Pengajaran dan Pembelajaran, Model EduCinema™, Pendidikan Khas, Pelajar Gelandangan, Pemetaan Pendidikan

Muat turun artikel penuh : 2289-5051_iJACH_Vol 13_Issue 1_Jun 2025