Interpretasi Tarian Bharatanatyam Di Dalam Ruang Pengajaran Dan Pembelajaran Berbilang Kaum Di Aswara

Mohd Yunus Aliallah @ Ismail dan Norbaizura Abdul Ghani

Published : 30-6-2025

DOI : https://doi.org/10.62312/asw.ijach.13.7.2025

Abstrak

Kajian ini meneliti pengajaran dan pembelajaran tarian klasik India, Bharatanatyam, yang diperkenalkan di Malaysia sejak tahun 1950-an dan dimasukkan ke dalam silibus pendidikan Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) sejak tahun 1994. Sebagai sebahagian daripada usaha memupuk kepelbagaian budaya, tarian ini diajar kepada pelajar Fakulti Tari ASWARA dalam konteks ruang pembelajaran berbilang kaum. Kajian menggunakan pendekatan kualitatif melalui kajian etnografi, pemerhatian turut serta, dan temu bual untuk meneliti isu penyesuaian amalan budaya antara guru dan pelajar, matlamat pembelajaran, kandungan kurikulum, dan persembahan Bharatanatyam. Penemuan kajian menunjukkan bahawa guru menghadapi cabaran dalam menyesuaikan kaedah pengajaran Bharatanatyam bagi mengekalkan keaslian budaya sambil memenuhi keperluan pelajar daripada pelbagai latar belakang budaya. Penyesuaian ini merangkumi pendekatan pedagogi, kurikulum, dan matlamat pembelajaran untuk memastikan kesesuaian dan kefahaman pelajar. Kajian ini menyediakan rujukan penting untuk memahami pengajaran dan pembelajaran Bharatanatyam dalam konteks kepelbagaian budaya.

Kata Kunci: Bharatanatyam, pendidikan kepelbagaian budaya, pengajaran dan pembelajaran

Muat turun artikel penuh : 2289-5051_iJACH_Vol 13_Issue 7_Jun 2025