Mohamad Mokhtar Abu Hassan
Published : 31-12-2024
ABSTRAK
Objektif makalah ini, penulis ingin mengemukakan idea berhubung pendekatan pengurusan yang diperkenalkan oleh penulis. Pendekatan ini merupakan pendekatan ke arah kerjaya. Bertitik tolak dari membincangkan beberapa pendekatan dalam dunia kritikan sastera, penulis menjelaskan penekanan yang diberikan pada setiap pendekatan itu yang lebih mengarahkan kepada meneliti dan menganalisis karya sastera. Selanjutnya penulis membicarakan sejarah kemunculan pendekatan pengurusan yang diperkenalkan. Seterusnya penulis mengemukakan definisi, konsep dan prinsipprinsip dalam pendekatan pengurusan. Dengan menggunakan kajian kaedah kualitatif, penulis mengemukakan karya-karya awal yang menjadi kajian penulis untuk penulis memperkenalkan pendekatan pengurusan, iaitu cerita “Sang Kancil dengan Buaya” dan cerita “Lebai Malang”. Sebagai perbincangan pengurusan yang berjaya penulis perlihatkan melalui dua buah cerita rakyat yang bertajuk “Bermuafakat Menghalau Jin” dan cerita “Gergasi Berperang dengan Gajah”. Selanjutnya penulis mengukuhkan pendekatan pengurusan dengan menelti sebuah cerpen bertajuk “Di Sebalik Sirat Makna” karya Abang Median Abang Said dan dibandingkan dengan novel yang bertajuk Hari-hari Terakhir di Jesselton karya Ruhaini Matdarin bagi memperlihatkan kelemahan dalam pengurusan. Implikasi kajian ini untuk memperkenalkan satu pendekatan baru dalam kritikan sastera. Dengan adanya pendekatan pengurusan dalam kiritikan sastera, bukan sahaja menjadikan dunia kiritikan sastera lebih menarik, bahkan dapat mendidik dan menyedarkan khalayak bahawa pentingnya pengurusan dalam membina kehidupan manusia secara tersusun dan teratur baik dalam kehidupan seharian mahupun dalam dunia pekerjaan.
Keywords: Pendekatan Pengurusan; Perancangan; Pengorganisasian; Kepimpinan; Penstafan (Tenaga Kerja); dan Kawalan.
VIEW FULL ARTICLE :
Muat turun: ARTIKEL 1-12