Nor Azura binti Abu Bakar, Kamarulzaman bin Mohamed Karim
Published : 31-12-2024
ABSTRACT
Konsert Muzikal Harmontradiloka adalah sebuah inisiatif baharu yang bertujuan memartabatkan lagu tradisional Melayu melalui gabungan elemen moden dan tradisional. Seni tradisional yang dianggap ketinggalan zaman ini memerlukan pendekatan baharu yang mampu menarik perhatian dan persembahan yang di hasilkan haruslah berkualiti agar tidak menjejaskan matlamat. Kajian ini menumpukan kepada penstrukturan proses kerja dan struktur persembahan untuk memastikan hasil akhir yang berkualiti kepada tontonan pelbagai generasi. Berbeza dengan persembahan konvensional, konsep ini berdepan dengan proses kerja yang lebih kompleks di mana perlaksanaan persembahan memerlukan penglibatan tenaga kerja dengan jumlah yang lebih besar. Memandangkan persembahan berbentuk sebegini belum pernah dipentaskan, tiada pendokumentasian panduan sistem kerja yang khusus untuk dirujuk. Objektif utama kajian adalah untuk menganalisis penstrukturan proses kerja dan memprofilkan struktur persembahan dalam persembahan Konsert Muzikal Harmontradiloka. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penstrukturan yang terancang menyumbang kepada struktur persembahan yang berkesan. Pada masa akan datang konsep Harmontradiloka diharap dapat diperluaskan ke platform digital untuk menjangkau tontonan yang lebih luas dan mengekalkan kesinambungan seni tradisional Melayu dalam era kontemporari.
Keywords : Harmontradiloka, Penstrukturan dan Struktur Persembahan, Nyanyian Lagu Tradisional Melayu, Ensembel Vokal
VIEW FULL ARTICLE :
Muat turun : ARTIKEL 9-12