Fareez Vincent Amos, Mohd Fauzi Harun, Suzlee Ibrahim, Bakir Baharom, Rosyida Rozlan
Published : 29-12-2025
DOI : https://doi.org/10.62312/asw.ijach.14.6.2025
Abstrak :
Kajian ini dijalankan bagi meneliti peranan seni sebagai medium terapi dalam kalangan pelukis catan di Malaysia. Dalam landskap seni tempatan, penghasilan karya seni bukan sahaja dilihat sebagai ekspresi estetik semata-mata, malah turut berfungsi sebagai kaedah pemulihan emosi dan kesejahteraan diri. Namun begitu, masih terdapat kekurangan dokumentasi dan analisis mendalam berkaitan fungsi seni sebagai terapi dalam kalangan pelukis profesional. Sehubungan itu, objektif utama kajian ini adalah untuk menganalisis impak seni sebagai terapi terhadap pelukis melalui penelusuran terhadap karya-karya yang telah dihasilkan serta pendekatan pengkaryaan mereka. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif menerusi temu bual semi berstruktur melibatkan 10 orang pelukis catan ternama di Malaysia yang dipilih berdasarkan ketekalan mereka dalam bidang seni, seperti yang ditentukan melalui tinjauan literatur. Dapatan kajian mendapati bahawa setiap pelukis mempunyai pendekatan formalistik dan aliran seni yang berbeza, namun semua mengakui adanya unsur terapi dalam proses penghasilan karya mereka. Analisis perbandingan dari sudut demografi dan proses pengkaryaan menunjukkan wujudnya persamaan dan perbezaan yang signifikan, sekali gus memperkukuh hujah bahawa seni berperanan penting sebagai terapi dalam kehidupan pelukis.
Kata kunci: Seni Sebagai Terapi, Pelukis Catan Malaysia
Muat turun artikel penuh : 2289-5051_iJACH_Vol 14_Issue 6_Dec 2025
