Proses Eksplorasi Elemen Tradisi dalamKoreografi Kontemporari ‘Korpus’

Murni Omar, Mohd. Nur Faillul Adam

Published: 31-12-2024

ABSTRACT

Koreografi kontemporari di Malaysia sudah bermula sejak tahun 1970-an. Antara pelopor atau koreografer terawal yang menghasilkan koreografi kontemporari adalah seperti Mohd Ghouse Nasuruddin dan Lee Lee Lan. Mohd Ghouse Nasuruddin banyak menggunakan elemen Wayang Kulit, tarian tradisional Melayu dengan balet manakala Lee Lee Lan banyak menggunakan elemen tradisi dalam kostum, muzik dan pergerakan produksi dramatari yang dianjurkan beliau. Koreografer-koreografer ini melakukan eksplorasi terhadap elemen timur dan barat, tradisi dan moden, serta menampilkan koreografi kontemporari Malaysia. Penyelidikan ini adalah untuk mengkaji tentang kaedah-kaedah bagi menghasilkan koreografi kontemporari yang mempunyai elemen tradisi. Justeru, objektif penyelidikan ini adalah untuk: i) Mengenal pasti koreografi kontemporari yang mempunyai elemen tradisi, ii) Menghuraikan kaedah-kaedah untuk menghasilkan koreografi kontemporari yang mempunyai elemen tradisi, iii) Menghasilkan sebuah koreografi kontemporari yang mempunyai elemen tradisi. Penyelidikan ini akan dijalankan dengan kaedah kualitatif dengan melihat dari proses kreatif sesebuah karya. Hasil kajian ini adalah tertumpu kepada proses penghasilan koreografi serta idea-idea yang berkaitan dengan pergerakan, perkaitan antara muzik dan pergerakan, rekaan kostum, dan faktor pemilihan penari. Pada masa akan datang, kami bercadang untuk meminta salah seorang informan kami untuk menghasilkan sebuah koreografi kontemporari baharu yang diolah dengan elemen tradisi, lalu menjadi sebahagian daripada kajian kami.

Keywords: Koreografi Kontemporari, Elemen Tradisi, Kaedah

VIEW FULL ARTICLE :

Muat turun: ARTIKEL 3-12