Hanura Akbar
Published : 30-6-2025
DOI : https://doi.org/10.62312/asw.ijach.13.3.2025
Abstrak
Kajian ini bertujuan untuk menganalisis perkembangan penerimaan pembaca bermula dari zaman karya diterbitkan sehingga zaman selepas karya diterbitkan. Fokus utama kajian ini adalah bertujuan untuk meneliti 16 puisi Chairil Anwar bertemakan perjuangan yang dipilih daripada buku kumpulan puisi Derai-Derai Cemara (2000). Penganalisisan ini dibuat menggunakan Teori Resepsi yang dipelopori oleh Hans Robert Jauss dan Wolfgang Iser pada tahun 1965 bagi menekankan pendekatan sinkronik dan diakronik berdasarkan unsur Kritik Sastera. Penelitian dilakukan bagi melihat bagaimana penulisan Chairil Anwar berfungsi sebagai medium yang memperjuangkan isu-isu seperti ekonomi, politik, budaya, sosial dan kemanusiaan semasa berlakunya penjajahan Belanda dan pendudukan Jepun di Indonesia pada tahun 1940-an. Melalui penelitian 16 buah puisi Chairil Anwar, pengkaji berperanan sebagai pembaca serius yang dapat menghasilkan tanggapan baharu berdasarkan pengalaman latar belakang pengkaji (2015). Hal ini diperkukuhkan dengan tanggapan-tanggapan kritis yang pernah dilakukan terhadap karya Chairil Anwar. Hasil kajian mendapati bahawa, gagasan Jauss menekankan proses horizon harapan pembaca dapat mendorong kepada penyediaan teknik-teknik sastera seperti Unsur Citra Alam, Evocative Symbolisme, Penelitian Citraandan Pola Vertikal / Horizontalyang diterapkan di dalam karya. Kajian ini juga melihat bagaimana puisi-puisi Chairil Anwar berinteraksi dengan pembaca sehingga menghasilkan tiga ekspresi karya dan konsep ini merupakan gagasan Iser yang menekankan kesan tindak balas karya atau wirkung. Selain itu, tanggapan resepsi menerusi kajian ini dapat memperkayakan lagi permaknaan karya Chairil Anwar dan sekali gus menghasilkan gelombang resepsi pembaca. Gambaran puisi-puisi perjuangan Chairil Anwar dapat mendorong ke arah semangat kerana puisinya dicipta bertujuan untuk menentang penjajah. Melalui pemberian makna, pembaca dapat memahami dan menghargai karya Chairil dengan memperkayakan lagi tanggapan yang lebih kritis. Hal ini perlu diberi perhatian kerana puisi yang bertemakan perjuangan ini dapat memberi kesan kepada pembaca semasa dan pembaca pada masa akan datang.
Kata kunci: resepsi, sinkronik, diakronik, peranan pembaca, puisi
Muat turun artikel penuh : 2289-5051_iJACH_Vol 13_Issue 3_Jun 2025