Semiologi Barthes dalam Ucap Tetap Makyung Anak Raja Gondang

Rosman Ishak, Edina Mohd Nasseri, Azlim Ibrahim, Mohd Adika Zainal

Publised : 31-12-2024

ABSTRACT

Makyung merupakan teater tradisional yang kini menjadi teater warisan dunia yang telah diiktirafkan oleh UNESCO. Isu yang ditinjau adalah mengenai kefahaman semiologi Roland Barthes dalam pengucapan tetap bagi persembahan makyung Anak Raja Gondang. Hasil dari penelitian, terdapat kekurangan kajian yang meneliti mengenai kefahaman semiotik terhadap ucap tetap dalam Makyung. Kefahaman dilihat sangat penting bagi membantu para pelakon dalam merealisasikan dialog bagi setiap babak dan adegan yang dimainkan. Dalam konteks apresiasi, ianya juga bermanfaat untuk memberi kefahaman seni bagaimana teks ini dibina dengan nilai sastera dan permainan kata-kata yang puitis dan mempunyai pemaknaan dan perlambangan tertentu. Bertitik tolak dari kefahaman ini, maka teks atau naskhah persembahan makyung ini dapat ditangani dengan lebih baik, terutama bagi pengkarya muda dan pelapis kesenian tradisional ini.


Kata Kunci: Makyung, Ucap Tetap, Semiologi

VIEW FULL ARTICLE :

Muat turun: ARTIKEL 7-12