Peranan Dramaturg dalam Pembentukan Dramaturgi Karya Kreatif: Jambatan Antara Teks dan Persembahan

Mardiana Ismail

Published : 29-12-2025

DOI : https://doi.org/10.62312/asw.ijach.14.1.2025

Abstrak :

Dramaturg memainkan peranan penting dalam pembentukan dramaturgi sesebuah karya kreatif dan berfungsi sebagai jambatan antara teks dan persembahan. Dalam konteks penulisan makalah ini, Dramaturg tidak hanya terlibat dalam analisis dan pengembangan skrip, tetapi juga dalam proses kolaborasi dengan pengarah, pelakon dan performance-maker yang lain. Melalui pemahaman yang mendalam tentang struktur naratif, konteks budaya dan elemen visual, Dramaturg boleh membantu memastikan bahawa visi dan misi penulis dapat direalisasikan di pentas. Selain itu, mereka juga berperanan dalam menyelidik dan menginterpretasi karya dengan memberikan panduan tentang aspek-aspek seperti tempo, emosi dan interaksi antara watak. Dengan demikian, peranan Dramaturg adalah kritikal dalam menjembatani jurang antara teks yang ditulis dan pengalaman persembahan yang dinamik. Dramaturg perlu memastikan karya tersebut dapat disampaikan dengan berkesan kepada penonton.

Kata kunci: Dramaturg, Dramaturgi, Karya Kreatif, Performance-Maker

Muat turun artikel penuh : 2289-5051_iJACH_Vol 14_Issue 1_Dec 2025